Wednesday 26 December 2012

7 kriteria yang perlu dimiliki lelaki

Ada 7 Kriteria yang perlu dimiliki olah seorang lelaki . Wajib kut . Apakah ? 


Jom kita Selidik !

1 . MASKULIN 

~  Ramai gadis akan memuji sekiranya lelaki mempunyai sifat ini . Dalam erti kata lain , lelaki perlu mempunya sifat Kelelakian yang kuat . Almaklumlah , melalui sifat ini, lelaki boleh melindungi para wanita :)
perlu ker mcm ni skali ? 


2. MEMPUNYAI AURA SENSUAL 

~ Seseorang gadis dikatakan boleh 'lemah' apabila mendampingi lelaki yang memiliki ciri Sensual . Secara lumrahnya , wanita amat mendambakan lelaki yang boleh dijadikan tempat bermanja selain berkongsi perasaan dan isi hati :)

* tak buleh nak masuk gambar na . search la sendiri . haha

3. BERPENAMPILAN MENARIK 

~ Kacak atau dalam erti kata lain ' hensem ' bukanlah perkara yang amat penting bagi seorang lelaki . Memadai jika mereka bijak untuk bergaya dan pandai menyesuaikan diri dalam apa jua situasi . Lelaki Yang Kacak Adalah Lelaki Yang Bijak Menjaga Kebersihan Dan Penampilan Dirinya .  

waaaaaahh , adakah seperti ini ? lain orang lain citarasanya :)

4. PANDAI BERGURAU 

~ Lelaki yang bijak berjenaka dan pandai membuat lawak juga sangat diinginkan oleh si gadis ! ia mampu menceriakan hubungan cinta antara kita dan sidia . Takkan asik nak serius jer kannn ?
 
merekalah antaranya !

5. ROMANTIK

~  sifat ini dikatakan sebagai Bonus dalam mengikat sesuatu hubungan cinta . Belaian manja dan ucapan kata kata cinta dapat mengukuhkan lagi hubungan yang tersedia ada . Sikap Sempoi ? memang boleh ada tetapi kene ingat ! Tanpa ada rasa sayang dan ambil berat , kemungkinan jalinan cinta antara kamu dan sidia tidak akan bertahan lama .

untungla kan . baru umur berape da dpt bunga :)

6. BOLEH BERDIKARI 

~ Lelaki perlulah kuat dan bijak dalam menyelesaikan masalah atau kesulitan yang dialami . Bukan tidak perlu bergantung atau menerima pelbagai pertolongan , tetapi lelaki juga perlu tahu dalam semua perkara . Sebagai Contoh , membaiki paip bocor , peralatan elektrik dan sebagainya . Supaya nnti tidaklah malu apabila disuruh si gadis ! :p


7. PERAMAH 

~ Mesra dengan semua orang ! itulah kunci asas bagi lelaki yang mana dia mampu menarik perhatian ramai Gadis . Takyah la nak Control Macho sangat atau jadi Kera Sumbang .Tapi ingat ! jangan nak Overdose sangat lahh ye . takut si gadis tak suke dengan watak yang ditunjukkan . 

selamat menghayati kriteria ini :) if ade kekurangan , bgtau ye ! ~ ~

No comments:

Post a Comment