Sunday 5 February 2012

pra Universiti is morE importAnt !



ASSALAMUALAIKUM W.B.T

hari nie punye post pasal pra U atau lebih dikenali sebagai tingkatan 6 .. basicnye ialah saya salah seorang daripada mereka .. kenapa mesti orang ramai memandang rendah terhadap tingkatan 6 ? adakah kerana mereka masih perlu belajar di sekolah dan memakai baju sekolah ? kenapa perlu membezakan taraf tingkatan 6 dengan diploma di universiti ??? kadang kadang ibu bape juga tak sedar , mereka tak nak anak mereka masuk tingkatan 6 , mungkin kerana keadaan sekeliling , tapi kos untuk masuk ke ting 6 dan kolej swasta ? adakah anda pernah terfikir? ok, Semasa masih pelajar, saya pun tak pernah angan2 nak naik ke Tingkatan 6. Dapat je result SPM, mohon Diploma. Sementara tunggu panggilan, pegi sekolah naik Tingkatan 6. Kalau tak sekolah, takut kena pinang pulakkan ..haha, boleh pulak ,then  Frust menonggeng tak dapat tawaran Diploma .Separuh hati je duduk form 6 kat sekolah..
ada banyak kebaikan anda pilih Tingkatan Enam daripada diploma.
first, jimat kos nak buat ijazah. Pergi sekolah mana ada kos. Tak payah bayar sewa rumah, makan mak ayah tanggung, siap dapat duit belanja sekolah lagi.Tak payahlah berhutang sana-sini macam orang buat diploma....kann ????? thats right ! tapi struggle mau lebih maaa ,, 
struggle !
Kebanyakan pelajar mungkin tidak menyedari beberapa kelebihan tingkatan 6 (T6) berbanding dengan program Matrikulasi dan diploma. Antaranya :
  • kos yang lebih murah jika hendak dibandingkan dengan program di IPTA ataupun swasta. Ini memandangkan pengajian di peringkat sekolah mendapat bantuan subsidi yang lebih banyak.
Malahan, sekolah yang menawarkan pengajian T6, boleh dikatakan terdapat di setiap daerah besar di seluruh negara. Di samping itu, meneruskan ke T6 tidak menuntut pelajar tinggal di asrama kerana mereka mempunyai pilihan untuk berulang-alik ke sekolah.
Selain sijil T6 diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk bekerja atau melanjutkan pendidikan ke ijaazah pertama berbanding dengan sijil Matkulasi yang tidak diktiraf oleh JPA untuk bekerja, taraf kelulusan STPM mempunyai tangga gaji yang lebih lumayan berbanding dengan SPM.



PERBANDINGAN ANTARA TINGKATAN ENAM DENGAN MATRIKULASI

TINGKATAN ENAM

MATRIKULASI

Tempoh pengajian 3 semester
Sama
Aliran sains dan kemanusiaan
Aliran sains hayat, fizikal & perakaunan
Sijil diiktiraf untuk kemasukan ke IPTA & luar negara
Sijil diiktiraf oleh universiti berkenaan sahaja ( Dalam kes khas, diiktiraf universiti awam lain & berbanding beberapa negara luar )
Kos rendah berbanding matrikulasi/diploma
Kos lebih tinggi
Sijil diiktiraf JPA untuk mendapat pekerjaan
Tidak diiktiraf oleh JPA
Setaraf A level
Kurikulum berpandukan STPM
Penghantar Bahasa Melayu
Sama
Pusat di sekolah seluruh negara
Di kampus universiti atau pusat khas (kolej/sekolah)

budak u
     
     pra u

                                               SELAMAT MAJU JAYA PADA PELAJAR PRA UNIVERSITI :))

1 comment:

  1. kalao dh hbis spm..depa segan nak masuk balik skolah..tu yg pi blja tmpat laen..

    ReplyDelete